Sebagai satu usaha untuk menangani pengeluaran sisa pepejal dan jalan penyelesaian praktikal, UM telah melancarkan satu kempen ZWC pada November 2010 - satu kempen pengurusan sisa pepejal secara bersepadu yang merangkumi pengasingan sisa di peringkat sumber, menghasilkan baja kompos daripada sisa makanan dan sisa organik.
Menerusi kempen ZWC ini, UM berjaya merawat dan mengitar semula 15 peratus bersamaan 30 tan sebulan sisa organik daripada dibuang ke tapak pelupusan sampah. Sisa organik ini diproses secara ‘semula jadi’ menjadi baja kompos dan secara anaerobik menggunakan mesin penguraian kepada biogas serta baja cecair.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/pendidikan/kampus/zwc-um-pulihara-alam-sekitar-1.34503#ixzz5NxPtawpq
© Utusan Melayu (M) Bhd
Bergambar kenangan di tapak projek ZWC |
Para pelajar sedang tekun mendengar penerangan daripada wakil ZWC |
Demonstrasi pengurusan sisa pepejal |
Bahan buangan yang sedang diproses |
No comments:
Post a Comment