Search This Blog

PSS KETARI

PSS KETARI

Monday, 14 May 2018

Lawatan Sambil Belajar ke Zero Waste Campaign (ZWC) Universiti Malaya

Pada 12 Mei yang lalu, rombongan pelajar SMK Ketari yang terdiri daripada 4 orang guru pengiring serta 40 pelajar telah mengadakan lawatan ke Universiti Malaya (UM) bagi menimba ilmu tentang projek terbaru mereka iaitu Zero Waste Campaign. 

 Sebagai satu usaha untuk menangani pengeluaran sisa pepejal dan jalan penyelesaian praktikal, UM telah melancarkan satu kem­pen ZWC pada November 2010 - satu kempen pengurusan sisa pepejal secara bersepadu yang me­rangkumi pengasingan sisa di pe­ringkat sumber, menghasilkan baja kompos daripada sisa makanan dan sisa organik.

Menerusi kempen ZWC ini, UM berjaya merawat dan mengitar semula 15 peratus bersamaan 30 tan sebulan sisa organik daripada dibuang ke tapak pelupusan sampah. Sisa organik ini diproses secara ‘semula jadi’ menjadi baja kompos dan secara anaerobik menggunakan mesin penguraian kepada biogas serta baja cecair.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/pendidikan/kampus/zwc-um-pulihara-alam-sekitar-1.34503#ixzz5NxPtawpq
© Utusan Melayu (M) Bhd 










Bergambar kenangan di tapak projek ZWC

Para pelajar sedang tekun mendengar penerangan daripada wakil ZWC

Demonstrasi pengurusan sisa pepejal




Bahan buangan yang sedang diproses

Saturday, 12 May 2018

Lawatan Sambil Belajar ke Kilang Coklat Grandeur Selayang

Antara lokasi lain yang turut dilawati oleh para pelajar SMK Ketari termasuklah Kilang Coklat Grandeur yang terletak di Selayang.

Coklat Grandeur merupakan coklat hasil keluaran bumiputera yang dimiliki oleh Tengku Muazam Kamal dan Aimilia Omar dibawah  syarikat AOM Food Industries (AOM Food).



Penerangan latar belakang kilang coklat Grandeur serta jenis coklat yang dijual

Para pelajar serta guru dengan coklat yang dibeli di kilang 




Sehingga kini, terdapat 12 jenis produk Grandeur Chocolate yang dijual di lapan cawangan Aeon di Perak, Johor, Pulau Pinang dan Lembah Klang.  Secara umumnya, produknya terdiri lebih daripada 100 jenis coklat yang dihasilkan dengan pelbagai perisa seperti durian, buah-buahan, kacang hazel dan lain-lain lagi dengan harga bagi coklat bar seberat 25 gram RM1.80 dan bagi 45 gram pula berharga RM3.50.