Kemeriahan hari raya dapat dirasai meskipun syawal sudah hampir sampai ke penghujungnya. Hari ini, para guru dan semua pelajar telah sama-sama meraikan sambutan hari raya.
Majlis yang telah dijalankan di Dewan Terbuka SMK Ketari itu telah dimeriahkan lagi dengan jemputan khas dari Majlis Perbandaran Bentong.
Semua pelajar dan guru tidak mengira bangsa dan agama telah diberi peluang untuk sama-sama merasa juadah semasa hari raya seperti lemang dan rendang.
No comments:
Post a Comment