Sejarah PSS bermula dengan pembukaan Perpustakaan SMRJK yang ditubuhkan pada tahun 1968. Ia merupakan sebuah bilik kecil yang sempit dan gelap. hanya terdapat 3 buah meja disamping beberapa bangku panjang diletakkan untuk kegunaan pelajar.
Namun begitu, perkhidmatan perpustakaan tetap berkembang dengan pertambahan koleksi bahan seperti buku rujukan dan buku fiksyen. Ruang perpustakaan menjadi sesak dan hanya dapat menampung kira-kira30 pelajar pada satu-satu masa. Encik Ragupathy , pengetua ketika itu mengambil langkah untuk menubuhkan Pusat Sumber Sekolah. Sebuah lagi kelas dibuka untuk dijadikan bilik Alat Pandang Dengar (APD) yang terletak bersebelahan bilik perpustakaan.
Pada tahun 2001, perpustakaan sekali lagi dipindahkan ke sebuah bilik kecil yang diunakan oleh KH sebagai Bilik Persiapan Diri berikutan blok bangunan lama yang dirobohkan. Manakala Makmal Lama digunakan sebagai Bilik BBM. Selepas bangunan baru disiapkan, menjelang tahun 2003sekali lagi PSS dipindahkan ke blok bangunan baru.
Di sini, ia diletakkan di Aras 3, Blok B dan dilengkapi kemudahan pendingin hawa dan keluasan bilik yang mampu menampung lebih kurang 100 orang pelajar pada satu-satu masa. Pada tahun 2010 perpustakaan diberi nama Perpustakaan Khir Johari bersempena nama Menteri Pelajaran yang merasmikan sekolah ini.
Pada tahun itu juga, CCTV telah dipasang bagi meningkatkan keselamatan di perpustakaan dan sistem automasi mula dibuat dengan menggunakan S-Lib dan masih dalam proses memasukkan data stok bahan buku.
Ketika ini, Perpustakaan Khir Johari merupakan satu tarikan kepada warga SMK Ketari untuk rujukan, seminar, persiapan bagi pertandingan sajak, drama dan bahas kerana keadaannya yang selesa, nyaman dan kondusif.

oh rupanya......
ReplyDelete