Search This Blog

PSS KETARI

PSS KETARI

Monday, 13 August 2018

Majlis Pengiktirafan Nilam


Pada hari ini, guru-guru serta pelajar yang telah menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam program NILAM telah diberikan sijil dan plak penghargaan. Pihak sekolah berharap pencapaian ini akan dijadikan pedoman agar semangat suka membaca dapat terus dipupuk dalam diri setiap warga sekolah.



Tokoh Nilam Guru Pn Fatimahani Ismaryanti bt Ahmad. Tahniah

Tokoh Nilam Pra UPauline Suzanna a/p Sebastian




Tuan Pengetua, Puan Hajah Zainab turut layak menerima sijil NILAM

Pn Norhafizah bt Ab. Aziz turut mndapat sijil






Penerima sijil NILAM yang lain termasuk  Qurratu Illiyyina bt Rahim


Lim Jit Yeng


Lee Sook Yee




Barisan guru yang telah menerima sijil NILAM


Pementasan Drama Bahasa Inggeris

Satu pasukan pelajar SMK Ketari telah berjaya mendapat tempat ketiga dalam  Pertandingan Pementasan Drama Bahasa Inggeris peringkat negeri Pahang yang telah diadakan pada 9 Ogos yang lalu.

Pasukan yang dibimbing oleh Puan Parminder Kaur dan Puan Salina ini telah menyampaikan pementasan drama. Sekalung tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat. Semoga pasukan ini dapat mengorak langkah lebih jauh pada masa akan datang serta terus menjadi kebangaan pihak sekolah.


Penyampaian hadiah yang telah disampaikan dalam majlis perhimpunan rasmi

Saturday, 11 August 2018

Pameran bertema Tahun Baharu Cina


Pada tanggal xxx baru-baru ini, pihak sekolah telah mengadakan pameran bertema sempena sambutan Tahun Baharu Cina. Acara Pameran ini telah disertai oleh semua kelas bagi menyemarakkan lagi semangat perpaduan kaum dalam kalangan warga sekolah. Malah, Pusat Sumber Sekolah juga turut dihiasi dengan ceria dan bertepatan dengan sambutan Tahun Baru Cina. 

Pengawas perpustakaan sedang menyiapkan hiasan di perpustakaan

Perpustakaan ketika sedang dihias


Kelas yang telah dihias dengan cantik dan ceria



Monday, 2 July 2018

Pameran Bertema

Dari semasa ke semasa, sesuai dengan perayaan yang disambut di seluruh negara, SMK Ketari telah mengadakan Pameran Bertema yang disertai oleh semua kelas. Antara pameran bertema yang telah dijalankan termasuklah pameran bertema Hari Guru pada bulan Mei dan Hari Raya Aidilfitri pada bulan Jun. Pertandingan ini dijalankan bagi menggalakkan pertukaran makumat yang terdapat pada papan kenyataan di samping memberikan para pelajar pendedahan tentang sesuatu perisitiwa. 










Pameran Bertema Hari Guru











Pameran Bertema Hari Raya Aidilfitri

Pihak Pusat Sumber Sekolah berbesar hati menyediakan sijil penyertaan bagi semua pelajar dan guru kelas yang terlibat bagi menjayakan pameran ini. Bagi kelas yang terbaik dan menepati semua syarat pameran bertema ini telah mendapat hadiah wang tunai bernilai RM 50 manakala naib johan turut membawa pulang RM 30 sebagai tanda penghargaan.